Sedar atau x skrg ni ramai individu yg berlumba2 utk mndapatkan kulit yg cerah berseri, buktinya dpt kita lihat dgn lambakan produk kecantikan wajah yg bersepah-sepah. kalau xda permintaan xkan ada penawaran yg berlambak tu kan?? dah xkira lelaki atau perempuan semua nk nmpak segak dan cantik. PENGAKUAN JUJUR, aku sendiri jenis yg suka mencuba produk2 ni dan sanggup berhabis duit (yg xseberapa). ko ckp ja produk tu berkesan, terhegeh2 aku nk cba. smpai satu tahap dah xpikir atau pertimbangkan betul2 sama ada produk tu btul2 diperlukan atau kesan sampingan yg perlu dihadapi. btul aku ckp kau, smpai la satu hari tu aku baca paper tgk kesan yg terpaksa seorg ni tanggung atas sbb menggunakan produk yg xpasti keasliannya. gila kau, muka dari elok2 dah jd mcm plastik kena api!! fuhh meremang bulu kaki aku (xpasti apa dah jd kat mgsa produk kecantikan tu skrg). aku bkan la pakar kecantikan yg boleh bg nasihat atau maklumat yg terperinci tp sekadar berkongsi apa yg tau.
KEASLIAN PRODUK
Kalau dah rasa terhegeh2 sgt nk cba sesuatu produk tu, tlg lah terhegeh2 juga utk meneliti keaslian produk yang nk dibeli tu. selain keaslian produk, pastikan ianya juga mendapat kelulusan daripada pihak yg berkenaan. kita xnak lah nnt cantiknya 2 mggu tp sengsaranya seumur hidup. nnt lain yg kita hajatkan lain pula yg kita dpt.BEBAS BAHAN KIMIA TERLARANG
Selalunya dan kebanyakkan produk yang memberi kesan yg serta merta mengandungi bahan aktif yg bertindak balas dgn kulit, sekiranya produk itu mengandungi bahan kimia yg terlarang, ianya akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap kulit dan ianya MERBAHAYA. lebih baik kita gunakan produk yg berasaskan bahan semula jadi, biar lambat kesannya tetapi selamat. ( makcik2 kat kg mkn ulam2 utk awek muda, siap buat mask gna bahan semulajdi lg, nk petua g jumpa dorg hehe)HALAL
Ko igt makanan ja ka nk kna tgk halal ka x, produk kecantikan pon sama. nk ka ambil produk yg mengandungi bahan dari kuda berkaki pendek?? ( alah yg warna pink2 tuh, yg hidung dia comel tuh). ha klau xnk, pastikan produk yg ko nk ambil tuh ada tanda halal yg diikitiraf ok!! :)memang kita mengejar kecantikan luaran tp pastikan kecantikan dalaman turut dijaga kerana ianya lebih penting. percaya atau x, kecantikan dalaman akan terpancar dgn sendirinya dan mampu memberi aura positif kepada org yg melihatnya. ( biar xputih tp muka manis dihiasi senyuman). apa2 pon pikir2kan lah sendiri dan buat lah pemilihan yg betul ( dah mcm kempen mengundi haha)





.jpg)
.jpg)


